> >

Bara Hari Ini

albanjari onlineV2

Syabas - J.Cassandra mohon cerai ?

Thursday, December 9, 2010 · 8 comments

Bro ! Apsal mohon cerai ? 'ayor' tak cukup ker ? Foto dan sumber rembat dari fesbuk Yob Tualang Sekah.


Wak BARA : Lawa sungguh J.Cassandra ni..! Tapi yeop..apa ler guna 'lawa' dan 'cantik' kalo hidup menyusahkan ramai orang..rujuk kepada lakinyer ler..! 37% tarif tu tinggi yeop..! 

Bara Pagi : AJK Muslimat PAS Pusat berkhalwat ?

Saturday, December 4, 2010 · 2 comments

Sebenarnya inilah cara blogger pro Umno mendapat ramai pengunjung sehingga blog mereka dikatakan popular sudah mengatasi blog pro PR. Apapun penulis minta maaf sebab letak tajuk di atas, maka akan ramai yang nak mengetahui cerita AJK Muslimat PAS Pusat ditangkap khalwat ini.

(foto sekadar hiasan - sumber google)

Sesiapapun bila tengok tajuk ini berminat nak mengetahui cerita sensasi ini. Trend inilah yang digunakan oleh blogger pro Umno sejak berakhir PRU 12 lalu. Semua fitnah yang mereka cipta dilepaskan supaya dipaste oleh blogger pro Umno yang lain . Fitnah ini tersebar dengan tokok tambah sehingga cerita fitnah ini menjadi seolah-olah benar.

Inilah yang dialami oleh ADUN Selinsing , Kelantan yang difitnah oleh blogger pro Umno berkhalwat. Cerita fitnah dicipta oleh orang Umno pada tahun 2002. Blogger pro Umno membuat carian google , taip senarai bini pemimpin PAS dan jumpa cerita fitnah ini dalam mesra.net forum baca di sini

Blogger pro Umno mula mereka tokok tambah terhadap fitnah ini , disebarkan dan sekarang beredar di blog-blog pro Umno, facebook, twitter. Sekarang dah ada pula media kerajaan yang suka ambil cerita fitnah blogger pro Umno buat berita maka banyaklah cerita fitnah yang dicipta dan akan dicipta, tunggulah.

Manusia ada sifat ingin tahu , tambahan pula cerita khalwat tu libatkan pemimpin PAS. Kalau pemimpin Umno dah memang suka berkhalwat tak la sensasi sangat. Penulis bukan nak paparkan cerita fitnah terhadap AJK Muslimat PAS Pusat tak lama dulu tapi penafian terhadap fitnah ini. Blogger Umno ni punya teruk sampai tahap pimpinan tertinggi muslimat PAS pun depa fitnah. Bacalah seterusnya di SINI

* (sumber tampalan di - Tulahan blog)

Notis perletakan jawatan Presiden Blogger PAS Negeri Perak

Thursday, December 2, 2010 · 7 comments

Merujuk kepada tajuk diatas, sangat jelas akan hasrat dan niat. Maka dengan ini saya, radens albanjari meletakkan melepaskan jawatan secara rasmi sebagai Presiden Sekretariat Bloggers PAS Negeri Perak berkuatkuasa 3 Disember 2010 yang jatuhnya pada hari yang sangat mulia, jumaat yang juga merupakan penghulu segala hari.

Terima kasih kepada rakan2 blogger yang telah memilih saya sebagai Presiden di Konvensyen Bloggers PAS Perak pada januari 2010 yang lalu. Notis rasmi perletakan melepaskan jawatan itu akan saya utuskan secara serahan tangan kepada Ketua Penerangan PAS Negeri Perak selewat-lewatnya pada minggu depan.

Salam dan terima kasih.

Radens ALB - (*) Pelepasan jawatan yang lain juga akan dinotiskan selewatnya sebelum 2011.

Bajet kerajaan 'ancak' membeli rakyat ?

Wednesday, December 1, 2010 · 0 comments


Pakatan Rakyat akan membentangkan BAJET alternatif hari ini berikutan bajet yang dibentangkan kelmarin oleh MB PerAk kelmarin telah dilihat sebagai BELANJAWAN DEFISIT. RM30 juta itu bukan jumlah yang kecil dan figurnya terus bertambah setiap tahun.

Bajet Perak 2011 Bajet Pilihanraya ?
Kjaan Negeri telah memberi tambahan RM50 ringgit kepada ketua JKKK di Perak sedangkan sebelum ini RM750 telah sedia diberikan oleh Kjaan Perseketuan, malah elaun RM150 bagi perbelanjaan keraian juga diberikan.

Rakyat melihat bahawa pertambahan perbelanjaan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk MEMBELI dan MENGULA-GULAkan rakyat Perak khususnya.

Rakyat tidak bodoh untuk menilai bajet ini dari sudut ketulinan hasrat atau bajert ini lebih kepada kepura-puraan kerajaan Perak bagi mengekalkan kuasa 'haram' mereka terus memerintah. - editor CIL@Cina Islam

RON97 : RM2.30 mulai esok !

Tuesday, November 30, 2010 · 0 comments


Terima kasih 'KERA'jaan kerana menaikkan meLARASkan harga minyak RON97 - 15 sen seliter lagi mulai 12.01am esok (1 Disember 2010). Kami rakyat jelata sangat beruntung hidup dibawah KERAjaan yang mendokong keTUAN'an MELAYU tulin. Hidup UMNO, Hidup BN..mampos RAKYAT..!

(*) Wak Bara - agak-agak 'kubor' sapa.., nak aku kencing nanti yer ! 

Berzina depan mayat isteri sendiri ?

· 2 comments

Bara - Celaka punya jantan ! Yang hang(Anis) pi kangkang jugak apa jadah luu..? 

Saksi dalam kes pembunuhan eksekutif wanita, Fazlina Ahmad mengaku mengadakan hubungan seks dengan tertuduh, Mohafri Mohamed ketika mayat mangsa masih berada di dalam almari berhampiran, pada hari kejadian.

Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, mereka melakukan hubungan intim di atas katil di bilik tidur utama di rumah kekasihnya itu kira-kira pukul 5.30 petang, 30 Disember 2009.

''Selepas keluar dari bilik air, Mohafri masuk ke bilik air. Dia kemudian mengajak saya melakukan hubungan seks. Mulanya saya tidak mahu tetapi dia kata sekejap sahaja. Dia tolak saya ke atas katil dalam keadaan mengadap ke bilik air..

Menurut Nazatul Annis, dia berkenalan dengan Mohafri yang mengaku sudah bercerai semasa sama-sama bekerja di Pusat Perubatan Tropicana pada tahun lalu dan merancang untuk berkahwin di Thailand apabila hubungan mereka tidak direstui ibu bapanya.

Pada hari kejadian, wanita itu mendakwa menaiki bas dari Parit Buntar, Perak pada pukul 1 tengah hari dan tiba di Perhentian Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang sebelum dijemput Mohafri dan dibawa ke rumahnya di Pinggiran Ukay, Ampang. (sumber selanjutnya carik sendiri)

Kajian tentang 'bulu' lelaki ?

Monday, November 29, 2010 · 0 comments

Seperti yang dikutip dari Telegraph, sebuah penelitian dilakukan terhadap wanita berusia 18 hingga 44 tahun. Mereka semua diperlihatkan 15 gambar lelaki yang memiliki janggut dengan beberapa tingkatan. Ada yang dagunya mulus tanpa bulu, sedikit janggut hingga yang memiliki janggut lebat.

Wanita-wanita tadi kemudian diharuskan untuk memilih, lelaki lelaki mana yang menurut mereka dewasa, romantik, agresif dan serius dalam berhubungan cinta.

Hasil yang ditemukan oleh penelitian tersebut cukup mengejutkan. Majoriti dari wanita-wanita tadi memilih lelaki lelaki yang memiliki janggut ketika menjawab pertanyaan yang diajukan.

Wanita-wanita tersebut juga menganggap lelaki yang jarang bercukur memiliki daya tarik tersendiri. Pada akhirnya mereka lebih memilih lelaki lelaki berjanggut sebagai pasangan hidup mereka.

* Wak Bara - Maaf kerana letak tajuk ..'bulu' lelaki, sebenarnya merujuk kepada bulu di dagu lelaki..hehehe, apa pun ini masa terbaik untuk menyimpan janggut dan bulu..ayuh..!!

Bini BARA - Alasan laki aku macam hampas !

Sunday, November 28, 2010 · 0 comments

Bini said, "abang..! I dan anak2 dah siap ni.., cepat ler jadi imam " ucapan ringkas si isteri minta suami ke depan.

Suami said, " " err...errr..sayang, err...err..my love, eh..eh ! tok imam masjid kata, abang tak layak jadi imam, pasai abang ni kaki rokok..! so..solat alone-alone lah yer...heheheh..!!

Bini said," GRRRR..(hati BARA), alasan ler tu..ker laki aku ni tak reti baca Quran ? Ntah..ntah..Fatihah tu pun tunggang langgang..?
______
Isu ni pernah diutarakan dlam rancangan Wanita Hari Ini kat TV3... berapa ramai yg fikirkan hal ni??

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan menyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Ms Syariffanor Hisham UK

BARA hari ini !

Saturday, November 27, 2010 · 0 comments

Nak terkucil sesangat ni bro..tapi apsal hati gua 'BARA' giler tengok papan ni..? Ker nak belsah depan ni jer..!!

Fuck not sweet for cooking !

Saturday, November 6, 2010 · 0 comments

Salam dari dalam Gua Bkt Putus, G.Semanggoi..

Bos said, " damn you...! Disappointed..! Fuck is not sweet for cooking...!!
Jin said :" Disappointed? You tell me Bos, apa menatang tu...? "

" It's meant, fail to do what was desired or expected by. Contohnya ialah seperti apa yang dirasa olih penulis dari Terengganu ini (baca sini ler..) dan ketika ini. Cuma, harus diingat, bahawa kekecewaan kadang2 membawa kita kepada alpa & lupa, apa yang sepatutnya kita lakukan ?


Kecewa perlukan obat yang terbaik sebagai penawarnya. Membaca kekalahan dari sudut songsang dengan meletakkan punca pada orang lain, tidak memberi kebaikan sama sekali. Itu GAGAL namanya.

Tulislah sesuatu yang dapat membantu parti ketika ini. Misalnya, buangkanlah politik dendam yg diamalkan olih sesetengah pemimpin PAS era ini, jangan sesekali menganggap yg kita lebih pakar dari org lain. 

MENGISLAMKAN DAP DENGAN MENGKAFIRKAN UMNO. Berbaloikah akhirnya....?? " 

PAS Kalah - Hang nak malu pasai apa?

Friday, November 5, 2010 · 1 comments

Saya kecewa dan ingin menegur. Saya juga berpendapat PAS perlu teguran yang lebih keras kerana banyak kali PAS nampak macam alpa dengan "kemewahan" yang ada.

Tulisan kali ini lebih berfokus kepada masa pengumuman keputusan pilihan raya kecil, di mana calon bertanding mewakili PAS, Dr Zulkefli tidak ada di dewan. Pengerusi SPR bagi pilihan raya kecil di Dun berkenaan beberapa kali memanggil calon PAS untuk hadir ke hadapan bagi diistiharkan keputusan. Tapi malang calon kita sudah tidak ada. Saya lebih suka menulis 'lari sebelum berakhir'.

Saya tak tahu apa sebab, tapi saya lebih suka kita mesti bersikap 'gah' walaupun kalah kita mesti tunjukkan jiwa yang besar. Sebab kita adalah perjuang Islam. Benar kata Hj Mahfuz Omar dengan sajak, kita kalah di dalam pilihan raya tetapi kita memang di sisi Allah s.w.t.

Kita sepatutnya hadir kehadapan untuk menunjukkan gah sebagai seorang pejuang Islam!! Saya lebih suka calon kita bersalam dengan lawan mengucap tahniah sambil memesan amanah Allah. Pergi sekali bersalam dengan pimpinan UMNO yang ramai pada masa itu. Tunjukkan kekuatan kita... walaupun hati kita remuk binasa!!!

Malu yang amat sangat dengan kejadian semalam!!

selanjutnya baca di SINI.

(*) Wak Bara - Harap badan jer besaq gedebaq...tapi hati halusss...! Bara gue beb !!

Konsistensi kaum cina sokong Pakatan ?

· 0 comments

Salam berdarahan dari dalam Gua Bkt Putus, G.Semanggoi..

Jin said:" Encik Boss! Apakah view En. Boss tentang konsistensi kuasa undi Cina ketika ini? "

Boss said, " Live ke ni, Jin? "

Jin said, " Yes Boss, via w/c blueberry on India Air "

Jika soal konsistensi ditujukan kepada orang2 Cina. Jawapannya, tak ada sama sekali. Mereka cukup terkenal sebagai satu bangsa yang amat cepat bolih berubah, mengikut keadaan. Mempunyai keupayaan menyesuaikan diri mengikut arus & cekap meneka dalam kesamaran. Keuntungan diri adalah pegangan hidup, mengatasi segala perkara. Itu yang terjadi di Galas & Sapi. 

Buatlah carian dimana-mana pilihanraya di M'sia, sejak dulu lagi, kita akan dapat jawapannya. Bagi yang mampu, selaklah sejarah bangsa Cina sejak era tamaddun Shih Huang Ti hingga ke Mou Zhe Thung. Apakah bangsa ini bolih diharap akan konsistensinya terhadap sesuatu tindakan? Boo...liaww laa..!! 

Berbeza sekali dengan bangsa Melayu, yang punya pegangan amat kukuh, yakni kepercayaan Ugama adalah segala-galanya. Yang mana satu yang lebih hebat? Tentu sekali Bangsa Melayu dengan Islamnya. Dikatakan orang2 Melayu berpecah? Tak mungkin sama sekali, kerana Islam adalah benteng yang abadi. Oleh yang demikian, baik UMNO atau PAS, janganlah bermegah bila orang2 begini beriya-iya sebelahi kita kerana semua itu, sekadar dongeng belaka!! " Budus berhayun-hayun namanya.

(*) Wak Bara - sesekali telan bara pepagi ni bagus untuk kesihatan beb !

Bila si budus membawa pesan PM !

Monday, October 18, 2010 · 5 comments

Budusss punya pesanan. Memang budussss ! Tapi pasal hati gua langsung tak teribt BARA? Kata si budusss di fesbuk,

AKU CUMA IKUT PESANAN PM JEEEE.

Wahai rakyat malaysia sekalian, kenang kembali la budi yang di tabur oleh UMNO barisan nasional kepada hangpa sekalian. Depa telah mendirikan hospital, sekolah, universiti, untuk hangpa dan anak2 sekalian. FELDA untuk orang2 melayu miskin. SME bank, SMIDEC, TEKUN untuk orang2 melayu berniaga. PEKERJAAN PERKHIMATAN AWAM untuk orang2 melayu.

SUBSIDI.... KLCC.... LITAR SEPANG.... MENARA KL.... BIASISWA... MARA... DEB.... GLC.... BAJA.... KAIN BATIK... BERAS.... BLA...BLA...BLA. Itu semua untuk ORANG MELAYU KHAS nye..... dan RAKYAT MALAYSIA AM nye. Apakah anda sudah lupa....

kalau GENERASI ADUKA TARUNA.... DUGONG DARAT.... RADEN ALBANJARI..... FAUZULDIN...PERAJURIT KEADILAN... HIJAT PANJANG... MIMI SHAHIRAH..,TN SYED.... LATIP... YM TUAN... SUHAIMI...memang la cepat mudah lupa.

TETAPI GENERASI DULu seperti MANJUNGMARI...KAK NORMAH .... NUR MUHD. YUSUP KAMARUDIN...bla...bla pon sudah lupa budi yang diberi oleh UMNO barisan nasional kepada hangpa sekalian.... hangpa memang tak tau BERSYUKUR.

ORANG MELAYU MEMANG MUDAH LUPA.

10 sen pun 10 sen ler !!

Saturday, October 16, 2010 · 0 comments

Tangki kapcai saya sudah hampir kering. Dari tadi saya perhatikan jarum meternya sudah tersantak kewarna merah. Bahaya nih !

Itu bermakna perutnya perlu diisi. Jika tidak, silap-silap haribulan tak sempatlah saya sampai kemasjid untuk berjumaat nanti. Gek gek gek.

Saya pun singgahlah di stesen minyak Shell yang terletak di Seksyen 9. Saya tidak mahu mengambil sebarang risiko sehingga menghalang perjalanan. Setelah memakir ‘kuda besi’ itu di pam nombor 9, saya pun membuat bayaran di kaunter.

“Terima kasih. Sila datang lagi,” ujar seorang petugas di situ (mungkin itu ayat standard yang sering diucapkan - penulis), setelah sehelai wang kertas bernilai RM5 bertukar tangan. Si pengucapnya adalah seorang gadis comel yang bertudung hitam.

“Boleh tahan jugak budak ni. Dahlah cantik, baik pulak budi bahasa,” bisik saya di dalam hati.

Seketika, saya terlupa tentang 2 perkara pokok. Lupa sungguh saya tentang 2 perkara pokok tersebut, yang mungkin menjadi agenda.

Pertama, lupa kopiah yang sedang berada di atas kepala. Dan yang kedua, lupa budak perempuan tu mungkin sebaya dengan anak saya.

Cis, malaon. Gatainya aku!

Ketika saya sedang membuka penutup tangki untuk mula mengisi petrol, seorang pemuda tiba-tiba muncul dari pam bersebelahan. Kur semangat. Nasib baik saya tak termelatah.

Kemunculan yang secara mendadak itu, membuatkan saya agak terperanjat sehingga hampir terlompat beberapa tapak kebelakang. Pemuda tersebut kelihatan sedang memegang nozzle yang dihalakan kearah saya.

“Ini ada minyak lebih. Tangki saya dah penuh. Sayang kalau tak kasi habis,” katanya sambil tersengih kepada saya.

Pemuda itu terus memasukkan hujung nozzle kemulut tangki kapcai saya yang sudah pun ternganga. Tanpa meminta izin, dia sendirilah yang mengisikannya.

“Dik, banyak ke yang lebih tu?” soal saya kepadanya.

“Adalah lebih kurang 10 sen!” jawabnya selamba.

Saya hampir terduduk mendengar jawaban itu.

“Ceh. Belen sekupang pun dia nak kasi kat aku. Hampeh betoi budak ni. Kang aku tak ambik kang, kecik pulak hati dia nanti,” rungut saya. Tetapi saya bersungut di dalam hati sahajalah.

Dan dengan sekali cret saja, nilai 10 sen itu pun berakhir serta merta.

Pemuda itu menutup semula mulut tangki minyak, sebelum meletakkan nozzle yang masih dipegang, kembali ketempatnya.

Dia kemudian menghidupkan enjin motosikal empat lejangnya.

“Terima kasih,” jerit saya dengan suara yang agak kuat.

Saya terpaksa menguatkan volume suara semata-mata untuk melawan bunyi bising preng preng preng ekzos motosikal, yang mungkin telah diubahsuai itu.

Dia hanya tersenyum, melambaikan tangannya sambil susup sasap berlalu pergi.

“Budak ni kerja kilang kot. Kalau kerja kilang, berapa sen sangatlah gaji dia noo. Kesian…” kata saya sendirian ketika mula mengisi petrol dengan nilai RM5 yang telah saya bayar tadi. Saya membuat andaian sebegitu setelah sekali imbas terpandang uniform yang dipakainya.

Tidak sampai 10 minit selepas itu, ‘kuda besi’ yang saya tunggang pun selamat mendarat di perkarangan Masjid Negeri.

Saya memerhatikan sekeliling.

Ramai jugaklah jemaah di hari itu, tetapi tidaklah seramai macam di bulan puasa tempohari. Agak-agak you all, kemanakah gerangan jemaah yang dulu ramai-ramai tu, pergi sekarang ya?

Di rumah Allah, ketika dahi yang masih basah ini tunduk mencecah permukaan permaidani yang ditenun lembut, serentak sentuhan itu bertindak meleburkan segala prasangka. Ketika bangun berdiri semula, itu tidak bermakna akan tunduk kepada kesombongan yang membelenggu diri di sepanjang masa.

Saya kembali tersedar, prasangka pasti akan terus bertandang, jika kita sendirilah yang membuka ruang. Oh, betapa indahnya kehidupan, jika dilayari dengan penuh ikhlasan.

Keikhlasan, jika tulus dihulur pula akan menyimpul berjuta makna, walaupun nilai taruhannya tidaklah sebanyak mana.

Dan ketika azan Jumaat dilaungkan, saya masih tersandar di dinding. Saya berusaha mencari diri yang semakin hilang serta terasing.

Sesungguhnya di dalam meniti ranjau kehidupan, terasa benar sukarnya untuk kita menghimpun segala kesempurnaan, sesukar untuk kita menyisih segala kekurangan.

(*) sumber - Tong Sampah Blog oleh Fakur

18SX - Syiokk la hangpa !!

· 2 comments

Ada siapa kisah ? Walaupun mata lelaki jadi merah BARA tengok 'benda' yang tak harus dipandang ? 

Wak sokong Proton Inspira !

Thursday, October 14, 2010 · 1 comments

Petang tadi sambil minum kopi soya kole-Gen, bara hati gua beb ! bara..!!! Dok tengah sedap minum, boleh pulak Skyline parking tepi meja gua. Ini dah boleh membawa marah, Cis..! Gua marah bukan pasal kereta tu kereta sport, tapi gua bara pasal keter tu sikit pun tak dak logo 'harimau menguap'.

Tak boleh ker Proton kenen-kenen company Nissan tu buat JV. Kalo Mitsubishi Lancer leh Proton 'kaleh' jadi Proton Ispira, takkan Skyline proton tak boleh bikin ? Low standet la bro ! 

Alang-alang 'kaleh' tak malu sangat kalo Proton pi 'kaleh' semua jenis kereta cun-cun jadik kereta nasional. 

Harga pun rendah banyak kalo nak banding 'brand' asal tu. Macam Lancer tu bila jadi kereta nasional 'jadian', otomatik price drop RM45K..banyak tu beb ! 

Gua sokong sangat Proton buat kerja-kerja 'copy paste' nih. Bagus untuk rakyat. Rakyat boleh jimat duit woo..! Duit yg jimat tu boleh pakat ramai-ramai bantu jentera parti PR tumbangkan BN masa PRU13 nanti..memang berbaloi-baloi. Hahaha...!

Directors2 Proton tu jangan ler segan sgt bagi idea buat JV dgn Benz, BMW, Volvo, semua lahhh...Lori Hino pun belasah jer..janji jadi 'nasional', tak gitu ? Baru nampak tolong rakyat . 1 Rakyat 1 kereta wow-wow ! 

Kalo tanya gua, ibarat menjadi JV Proton dan idea nih, gua sikit pun tak kisah kalo dapat pandu kereta Nissan Skyline tu dengan nama Proton Sakai kaa...no hal beb ! Apa ada pada nama..tak gitu Ramli Sarip ? Gua tak kisah kalo pandu kereta Mercedes Benz yang tetiba jadi Proton Mus..! Janji harga 50% murah dari harga import.

Rakyat patut sokong woo ! Ini gua baca blog, semua dok kondem Proton pasai nih..! Mampuih pi la kat hangpa..tapi kalo tanya gua, gua sokong 500% hahahaha...! Amacam Proton ada berani kaa ? Bab nama nak boh apa pun tak paa..Proton Sabut, Proton Buntot, Proton kasap, Proton suntut., kalo tanya gua, ader gua kisah ?

Jom Pekena Mee Bontot !

· 1 comments


Mee diatas rasanya sedap dimakan. Tapi jika yang dibawah..rasa sedap apa pulak bro ? 


Atas keselamatan semua - tolong jangan jawab soalan itu yaa..! Tunggu malam jumaat kliwon..wakakak..!!

Misteri 'BATU' Bara ?

· 0 comments



Batu yang tidak dikenalpasti jenisnya ini telah wak simpan hampir 13 tahun lamanya. Sekadar disimpan - tidak dipakai hatta dibuat 'batu cincin' sekali pun. Ada cerita misteri disebalik batu ini, dan kejadian itu berlaku pada di bulan Ramadhan tahun 1997. 

Jika diperhatikan dengan teliti (pandang terus) ke arah batu itu seakan-akan batu itu menyerupai kelopak mata manusia yang punya mata hitam ditengah2nya) yang memandang tajam kearah kita. Ada siapa yang boleh membantu menyelongkar makna tersirat disebalik batu misteri ini ? Wallahuaklam.

Kepada pembaca - teliti 2 foto diatas dan dibawah. Besarkan imej untuk pandangan yang lebih jelas. 



Ikuti Siri MISTERI ini di blog AlBanjari Online mulai Isnin ini - Siapakah orang 'ghaib' yang tiba-tiba hilang dari pandangan mata. Siapa pula yang meminta belas kasihan kerana lapar ? Mengapa 'batu' ini diberikan sebagai 'ganti' nya ? Semua itu akan diketahui dalam siri 5 Bahagian Siri ini minggu hadapan. 

Ala-ala Latok, jangan masam ?

Wednesday, October 13, 2010 · 0 comments



Dato' ? Datuk ? Datok ? Latok ? Tok ? Atuk..kih...kih..kih !! 

18SG : Ribut kerana iklan ? Gampang lorrr !!

· 4 comments

Iklan di media maya bisa jana pendapatan lumayan kini. Tak percaya ? Cuba tengok konflik yang berlaku dibawah. Tak bagus ler bikin cara macam tu untuk tarik hits berkunjung ke tapak iklan..! Be Pro ler beb ! - Wak BARA


Siang di Pendam - Malam balas dendam ! Huh lain macam punya iklan nih..bikin gementar jiwa ajaa..dong ! nasib baik fotonya makan-makan, kalo fotonya si Cut Tari ? Lollll...Bisa gegar !!

[..] Ikut cakap syarikat ini. Kalau syarikat ini kata iklan pada september 2010 hanya 10 kupang. Harakah dapat 6 kupang. Bolehlah harakahdaily bagi bonus akhir tahun nanti kepada 13 pekerjanya. BANGANG PUNYA URUSAN!!!

Itu kita belum lagi bincang pasal iklan di harakahdaily. Iklan JANA WANG, MLM, SKIM CEPAT KAYA dan UBAT KUAT!!! Asal wang masuk semuanya kira HALAL!!!!

Saya pun hairan dengan pihak pengurusan harakah ini. Masalah ini sebenarnya adalah masalah yang telah jelas diketahui tapi tiada penyelesaiannya. Kalau kita tak kenal pasti masalah kita boleh terima bahawa pihak pengurusan harakah sedang menyelesaikan dan mencari punca masalah.

Ini dah terang!! tapi tak ada yang berani nak pecat atau buang ulat-ulat ini. Makin hari makin ramai dan makin gemok ulat-ulat ini kerana anda sedang membantu harakah demi perjuangan Islam yang suci!!!

Saya dedah sebahagian kecil, jangan cabar saya untuk mendedahkan lebih teruk lagi!!! Demi Islam demi agama siapa yang tahu masalah ini tolong nasihatkan orang yang bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini sebelum ulat-ulat menjadi kupu-kupu !

Selanjutnya baca di SINI  dan di SINI.

Rais isytihar perang ? Jambatan macamana ?

· 0 comments

Perang baru. Rais yatim lawan blogger Umno. Huh ! Gua ingat Rais ni mat skema. Rupanya darah melawan tu masih kuat rupanya. 

Kalo Memali boleh bermandikan darah, apalah sangat dengan tempur perang dengan blogger ye tak ? Seronok gak bila sesekali tengok cerita perang-perang nih. Nak harap cerita 'combat' dah lama tak der kat tv, pelakonnya pun dah banyak yang kojol.

Gua ucap 'Bravo' sama Rais. Selamat berperang ! Jangan lupa bakar 'jambatan' lagi. Biar semua blogger Umno jatuh sungai dan parit, dan mudah nak kambus ramai-ramai...tak gitu Rais ? 

(*) Wak - Apa la punya pak menteri - dengan blogger pun nak gaduh. ker nak cari populariti !! Ptuihhh...! 

Patung Liberty berasap disambar kilat !

Tuesday, October 12, 2010 · 0 comments


Berasap setelah disambar kilat ! Kejadian yang berlaku minggu lalu. Oleh kerana yang disambar kilat itu patung, mampuih pi ler yeop !


Namun apabila melihat kilat, hati boleh jadi sebak bila mengingati semula nasib yang menimpa adik Shamsul Haziq 14 tahun yang koma setelah dipanah petir 2 tahun lalu.


Hebatnya kasih ibu dan bapa jelas terlihat apabila melihat keadaan shamsul yang dijaga siang dan malam tanpa rasa penat dan lelah. Leleh air mata yeop bila mengenangkan saat kepayahan itu. Shamsul koma dan lumpuh setelah dipanah petir ketika sedang bermain bola yang ketika itu berada di dalam darjah 6.


Kesulitan dan kepayahan keluarga ini telah mendapat liputan krew bersamaMu TV3 lewat April lalu. Doa wak, semoga keluarga ini terus tabah menghadapi dugaan dan ujian Allah swt.



Antara kajong tak kajong..layan jer !

· 1 comments

"..Atas nama sukan, aurat wanita halal di mata lelaki.." begitu ker wahai sahibul samahah ulamak-ulamak Umno ? Atas dasar sukan juga, wanita boleh tungging-tungging lagi. 


Takpa lelaki kat belakang tu tak 'terkesan' punya..cuma kerassss sikit-sikit jer ! Tungging bontot lagi ! Syiokk la tungging bontot macam tu. hati gua tetiba bara beb ! Kredit foto dari fesbuk Penawar Rindu. Kisah lanjut baca fesbuk dia..!

Kisah Puteri - Selak kain dan selak bontot ?

· 4 comments

Musim PRK datang lagi. Kali ini menjengah ke Kelantan. Di Galas, Gua Musang beb! Gua Musang..bukan Gua Bukit Putus di Semanggoi. No..no..no ! Sejak dari awal bulan lagi tentunya ramai yg dahaga nak tau cerita-cerita terbaru dari sana, sebab tu kalau kita lihat surat-suratkhabar yang dulu heboh mintak pakat boikot, la nie laku semula bagaikan goreng pisang. Tak kiralah berita-berita tu betul ke tidak, asalkan ada cerita pasal Galas habis dibaca dan dtelaah.

Tentang ulasan dari sudut politik, siapa akan menang PAS atau UMNO, itu.., kita rasa biarlah kita hold dulu, tunggu ABO di albanjari Online tapi hari ini saya nak bercerita kisah-kisah yang tak ada dalam surat khabar, diantara yang menarik ialah cerita tentang Puteri UMNO.

[.] Rujukan foto : Adengan selak kain ini tidak akan berlaku di Galas, ini kerana tahun ini Galas dilanda kemarau. Wakakak..!

Kisah lalu, tetapi belum lagi berlaku di Galas. Kisah yang lalu-lalu di hari penamaan calun. Adatlah ketika itu, masjid dan surau masa itu akan penuh sesak, solat subuhnya akan jadi hebat, kalah jemaah solat jumaat. Ribu-ribu beb ! Dan ketika itu ruang tandas dan bilik mandi dimasjid juga lencun dengan orang, sesetengahnya berpurdah, dan sesetengahnya..err..err.., saya tengok (ter) ada sorang perempuan yang wajah umpama 'Puteri', pakai skaf, baju t-shirt ketat tangan sekerat yg 'mencengkam' dada dengan seluar panjang yg agak ketat berlenggang lenggok bagai itik pulang petang masuk ke dalam masjid; bukan kata saya, ramai yg dapat dosa free pagi itu. 

Dalam hati dok kata, "ish, tak kan muslimat PAS dressing macam nie kot?". Bila tengok tag lambang dacing kemas tersemat kat baju dia, "Laaa - Puteri UMNO rupanya!".

Itulah my first encounter dengan kelibat Puteri UMNO di musim PRK di ****** ini. Pertemuan yang pertama itu menyebabkan hati saya jadi tak risau langsung dengan pergerakan Puteri UMNO yang hebat diwar-warkan di media arus perdana itu.

Rupa-rupanya puak-puak yg menjadi mastermind kepada Puteri UMNO ini tak dapat membezakan antara luar masjid dan dalam masjid dan antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Depa pakai hentam kromo jer beb ! Cerita orang tunjuk pungkoq itu cumalah sebahagian daripada cerita-cerita lawak sensasi kisah Puteri UMNO ini. 

Ada banyak cerita sebenarnya mengenai kisah benar Puteri-Puteri UMNO, cuma yang paling menarik yang orang dok perkata di kedai-kedai kopi ialah satu kisah puteri umno keluar merayu undi; dialognya lebih kurang begini:
Puteri UMNO 1: Pakcik, kami datang ini nak tanya sikit; pakcik pangkah parti mana pakcik?
Pak Cik: Pangkah?
Puteri UMNO 2: Ha'a, pangkah..., pakcik pangkah apa pakcik?
Pak Cik: Pangkah, err..err, pangkah yer ! - pakcik tiap-tiap malam dok pangkah.., DOK PANGKAH MAKCIK KAMU NI LA..!!
Belum habis pakcik itu nak explain, habis berselerak rombongan Puteri UMNO  lari membawa diri! Dibawah antara aksi bontot Puteri yang menjadi ikutan artis di Malaya kini (rujuk B-Pop Berita Minggu keluaran ahad lepas untuk aksi bontot artis ini..)


Budaya tunjuk bontot. Ajaran siapa ? Amaran BARA : Tolong Jangan Main Bontot ! Main fesbuk takpa..!

[.] InsyaAllah puteri Umno di Galas pada PRK kali ini - alim alim belaka ! Tak percaya ? Jom kita ke Galas.

Bara 3 - Mulut serupa lubang sumbing !!

· 0 comments

Kalo gua polis. BARA gua jadi macam dia. Muka hensem gua selamba badak jer dia hambik. Agak-agak laa..! Tapi bila ikut dialog bangang pempuan ni hati selamba dengan jahat jadi berBARA. Sembang bab HAK konon ! Tapi paham ker apa yg dia labun tu ? 


Macam gua cakap, kalo gua jadi dia, sure gua SAMAN pempuan ni pasal hambik muka hensem gua..TANPA KEBENARAN ! Itu kalo gua jadi dia. Kalo gua jadi KALIMUTHU, budak pempuan ni sure dah nanggis pilu punyer..! Bukan setakat gua saman, henfon dia pun gua rembat jual kat kedai besi buruk. 


Eksyen sgt ler bikin video mcm ni..! Lu dah salah lu diam laa..sain itu surat saman, mahkamah nanti cerita. Ini bikin provokasi pulak. Lubang sumbing punya orang !!

Rayuan Najib - Idris Ahmad sudah bara !

· 0 comments

[..] Mata jadi ber'BARA' lihat adanya sebahagian rakan parti dalam PR makin caca-marba. Ker hati gua yang 'silap' memandang ?

Parti Islam Se-Malaysia PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat member mandat kepada Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. 

Beliau mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21. 


Katanya lagi kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

PAS menyeru rakyat menggembelingkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN, kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak. Indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama, yang berpendapatan rendah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara. 

Pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka. Sepatutnya pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.

Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini. Sukar untuk mengubat penyakit misteri yang tidak boleh dikesan dengan x-ray, penyakit ini hanya dapat diketahui apabila kerajaan BN jatuh. 

Pengalaman kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang apabila bertukar kerajaan baru kita mengetahui banyaknya” jerangkap samar” yang ditanam dalam pentadbiran BN selama ini. Kelantan yang telah lama memerintah sejak 1990 terpaksa membuang jerangkap samar secara berdikit-dikit seperti hutang yang ditinggal sebanyak RM740 juta. 

Alhamdulillah dengan berkat kebijaksanaan dan ketelusan hutang lapok yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno dapat diselesaikan sikit demi sedikit. Begitu juga dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru mengambil alih telah menjumpai terowong yang tersembunyi sewaktu 51 tahun memerintah, sekarang cuba untuk menutup kembali.

Rakyat sudah mual dengan janji dan slogan pemimpin Umno BN untuk membela rakyat, tetapi dari segi amalannya tidak berlaku. Malahan kesusahan rakyat iniah yang dikeskploit untuk memancing undi. Tambahan pula dengan Perdana Menteri pada hari ini yang kaya dengan slogan yang retorik tetapi, keberhasilannya tidak ada. 

Rakyat tidak boleh menerima dengan tindakan Perdana Menteri hari ini dalam menyelesaikan tanah Keretaapi Tanah Melayu yang diberi kepada Singapura seluas 217 hektar dan menyerahkan telaga minyak RM320 bilion blok L dan M kepada Brunei dalam sekelip mata. 

Orang mula membandingkan dengan kepimpinan Tun Abdulllah Ahmad Badwi walaupun nampak lembut tetapi sekurang-kurangnya sewaktu hendak menyerahkan Pulau Batu Putih beliau tidaklah menyerah selepas makan buah durian sahaja. 

Sekurang-kurangnya ada juga usaha membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa, walaupun terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit untuk mempertahankan maruah negara. Kenapa perkara ini tidak dilakukan oleh Datuk Seri Najib, hanya Allah dan beliau sahaja yang mengetahui.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Bara 2 - Bara mata bila dibontot !

· 0 comments

Lelaki mana yang tak jadi ber 'BARA' nafsu bila lihat aksi artis nih. Bohong waliwong ler jika tak der nafsu. Cerita bagus tapi fotonya tunjuk bontot yang mekar bulat idaman mata lelaki.

Pelik antara mana satu yang mahu dipromosikan. Bontotnyer kah ? atau cerita cerai barainyer? Yang untung pembaca surat khabar. Yang benar, jika dikedai kopi akan dilihat orang-orang tua sambil malu2 pandang foto ini. Jangan sampai tumpah air kopi atas kangkang sudah..!

Hangat pijar 'benda' lu ! Panas beb !! Bukan salah orang suratkhabar pun, tapi salah artis tu juga pi tayang bontot sendat untuk paparan media. 

Tahu ler bontot lu tu bulat solid. Tapi tahan ker nanti kena bakar dengan api neraka. BARA api rokok pun terkehel urat rengkung jerit sakit..inikan pula api neraka. Huh ! Apapun kerana artis ini dah rajin sangat tayang bontot, kita ramai-ramai tengok. 

(*) Bara hati gua cakap lu. Harap bik momma gua tak baca entri ni. Hahaha. Kalo dia baca..mampuih ! 

Bara 1 - apsal tak maki tokey bas ?

· 0 comments

Bas Ekspress ? Bila berlaku tragedi - tuding sana tuding sini, salah itu salah ini. Bangsat la tokey bas ! Yang mati penumpang. Bila banyak mati - media terus belasah pemandu bas. Pasal apa tak pi belasah tokey bas tu..!! Bodoss..!! BARA gua pagi ni !!


Ada sapa tahu berapa gaji pemandu bas ekspress ? basic beb, basic pay depa ? Sama macam gaji operator kerja kilang. Tau kaa ? Tu pasal drebar bas ekspress bawa bas macam hantu. Depa terpaksa KEJAR trip bagi cukupkan duit utk hidup. Walau nyawa sendiri dan penumpang jadi taruhan ? Ragu - pi apply la jadi drebas bas. Apa tokey cakap sama lu orang. Macam cikai, itu jam baru hangpa tahu dilema seorang pemandu bas.

Apsal kerajaan tak draf gaji minimum untuk pemandu bas ? Depa tu tak penting kaa ? Cuba letak gaji asas depa tu RM1500 sebulan tak masuk overtime dan elaun trip. Sure pemandu bas akan cool dan safely drive. Ini letak basic RM450 macam pelir laa lu tokey bas !! Tokey bas pakai ferrari, pemandu bas paling best hanya boleh pakai viva atau kenari 3rd. hand. Yang brutal mampu pakai waja tapi waja 'piang'. 

Fikir la dengan akai - bukan pikir guna akai tokey bas. Ikut pikir akai tokey bas - esok lusa bukan 15 yg mati  - 3 dozen lagi akan terbang di lebuhraya..jadi 'mangsa' keadaan.  Bodosss ! Tu belum lagi nak cerita tokey bas yg tamak kedekut, gua boleh cerita sini pasal ofis tokey bas tu selang 3 bijik jer dari tempat gua..! Hoi..tanya juga berapa ramai tokey bas bela 'gangster' dan  'cikgu' ?? untuk jaga bisnes depa ? Bangang !!

Ezza Erisa kata pula : Salah Siapa ?
Orang sibuk cari salah siapa kan? Asal eksiden ngeri je sibuk cari salah siapa? Kalau kenderaan tu pengangkutan awam (bukan awan) habislah semua dengan CEO syarikat bas pun disalahkan. Bagi aku it plain simple. Yang salah tu ialah PEMANDU itu sendiri. Siapa yang tekan minyak? Siapa yang bawak laju sampai mencecah kelajuan tak sempat brek? CEO? Polis? JPJ?

Dalam kemalangan ngeri yang berlaku pada tarikh orang sibuk nak pergi angkasa tu, takyah la nak gebang lelebih. Yang salah tu pemandu. Horrible driver! Pemandu bas di lebuhraya berlagak macam tuhan. Kebal. Naik minyak cam gajah tengah marah. Siapa pengguna lebuhraya tahu la camne corak depa bawak bas depa tu. Kalau aku bawak 100kmj, dapat dipotong dengan cemerlang oleh bas, do the math la. Berapa speed depa bawak. Padahal kat belakang bas tertulis 'Had laju 80/90' Mean jalan biasa 80kmj. Lebuhraya 90kmj.

Itu belum kat Genting Sempah lagi tu. Jalan corner baring, dia pun sibuk nak korner baring. Kita pula yang ngeri tengok dia corner baring. Huh.

Mungkin penguatkuasaan JPJ patut diketatkan, ubah priority dari mengejar plat nombor kereta tak ikut spesifikasi dan juga kereta tinted lebih kepada buat pemantauan kepada kenderaan perdagangan. Kerana sekali eksiden, jumlah kematian bukan 1-2orang. Ramai. Ngeri pulak tuh. Putus-putus kepala bagai.

PS: Tak boleh ke install speed cut kat bas neh? [ sumber link

10 Bacaan Popular Terkini Bikin Hati mem'Bara'

BARA Followers

sekutu blog BARA - MUST CLICK

Nota : BLOG alBanjari Online versi asal (http://politikbanjar.blogspot.com) masih dalam rawatan ICU di Pusat Pakar Google US, demi kesinambungan perjuangan - blog sementara ini dibangunkan untuk penulis terus memblog. Sokongan anda sangat dihargai. Takbir !

TENTANG BLOG INI - BARA

Blog ini dibangunkan bukan sekadar untuk cerita POLITIK. Belasah keliling jika terbit rasa BARA di hati. Terbitan artikel di blog ini mengandungi unsur-unsur 18SG dan 18SX. Hanya kepada yang berani saja dialu-alukan membaca dan melayarinya. Jika hati anda tiba-tiba mem'BARA' jadilah followers blog ini segera. Jangan malu - editor BARA.


JUMLAH PELAWAT BARA (online now !)





TUAN TANAH - LUAS KEBUN 300 EKAR

<br>