> >

Bara Hari Ini

albanjari onlineV2

Bara Pagi : AJK Muslimat PAS Pusat berkhalwat ?

Saturday, December 4, 2010 ·

Sebenarnya inilah cara blogger pro Umno mendapat ramai pengunjung sehingga blog mereka dikatakan popular sudah mengatasi blog pro PR. Apapun penulis minta maaf sebab letak tajuk di atas, maka akan ramai yang nak mengetahui cerita AJK Muslimat PAS Pusat ditangkap khalwat ini.

(foto sekadar hiasan - sumber google)

Sesiapapun bila tengok tajuk ini berminat nak mengetahui cerita sensasi ini. Trend inilah yang digunakan oleh blogger pro Umno sejak berakhir PRU 12 lalu. Semua fitnah yang mereka cipta dilepaskan supaya dipaste oleh blogger pro Umno yang lain . Fitnah ini tersebar dengan tokok tambah sehingga cerita fitnah ini menjadi seolah-olah benar.

Inilah yang dialami oleh ADUN Selinsing , Kelantan yang difitnah oleh blogger pro Umno berkhalwat. Cerita fitnah dicipta oleh orang Umno pada tahun 2002. Blogger pro Umno membuat carian google , taip senarai bini pemimpin PAS dan jumpa cerita fitnah ini dalam mesra.net forum baca di sini

Blogger pro Umno mula mereka tokok tambah terhadap fitnah ini , disebarkan dan sekarang beredar di blog-blog pro Umno, facebook, twitter. Sekarang dah ada pula media kerajaan yang suka ambil cerita fitnah blogger pro Umno buat berita maka banyaklah cerita fitnah yang dicipta dan akan dicipta, tunggulah.

Manusia ada sifat ingin tahu , tambahan pula cerita khalwat tu libatkan pemimpin PAS. Kalau pemimpin Umno dah memang suka berkhalwat tak la sensasi sangat. Penulis bukan nak paparkan cerita fitnah terhadap AJK Muslimat PAS Pusat tak lama dulu tapi penafian terhadap fitnah ini. Blogger Umno ni punya teruk sampai tahap pimpinan tertinggi muslimat PAS pun depa fitnah. Bacalah seterusnya di SINI

* (sumber tampalan di - Tulahan blog)

2 comments:

mr edz said...
December 4, 2010 at 11:17 AM  

oh... letak la tajuk lagi gempak... pemandu di malaysia antara gaji tettinggi di malaysia

Mohamadazhan hjDesa said...
December 5, 2010 at 12:18 AM  

sakannya peluk, tua2 tak sedaq diri lagi.hehe

10 Bacaan Popular Terkini Bikin Hati mem'Bara'

BARA Followers

sekutu blog BARA - MUST CLICK

Nota : BLOG alBanjari Online versi asal (http://politikbanjar.blogspot.com) masih dalam rawatan ICU di Pusat Pakar Google US, demi kesinambungan perjuangan - blog sementara ini dibangunkan untuk penulis terus memblog. Sokongan anda sangat dihargai. Takbir !

TENTANG BLOG INI - BARA

Blog ini dibangunkan bukan sekadar untuk cerita POLITIK. Belasah keliling jika terbit rasa BARA di hati. Terbitan artikel di blog ini mengandungi unsur-unsur 18SG dan 18SX. Hanya kepada yang berani saja dialu-alukan membaca dan melayarinya. Jika hati anda tiba-tiba mem'BARA' jadilah followers blog ini segera. Jangan malu - editor BARA.


JUMLAH PELAWAT BARA (online now !)





TUAN TANAH - LUAS KEBUN 300 EKAR

<br>