> >

Bara Hari Ini

albanjari onlineV2

PAS Kalah - Hang nak malu pasai apa?

Friday, November 5, 2010 ·

Saya kecewa dan ingin menegur. Saya juga berpendapat PAS perlu teguran yang lebih keras kerana banyak kali PAS nampak macam alpa dengan "kemewahan" yang ada.

Tulisan kali ini lebih berfokus kepada masa pengumuman keputusan pilihan raya kecil, di mana calon bertanding mewakili PAS, Dr Zulkefli tidak ada di dewan. Pengerusi SPR bagi pilihan raya kecil di Dun berkenaan beberapa kali memanggil calon PAS untuk hadir ke hadapan bagi diistiharkan keputusan. Tapi malang calon kita sudah tidak ada. Saya lebih suka menulis 'lari sebelum berakhir'.

Saya tak tahu apa sebab, tapi saya lebih suka kita mesti bersikap 'gah' walaupun kalah kita mesti tunjukkan jiwa yang besar. Sebab kita adalah perjuang Islam. Benar kata Hj Mahfuz Omar dengan sajak, kita kalah di dalam pilihan raya tetapi kita memang di sisi Allah s.w.t.

Kita sepatutnya hadir kehadapan untuk menunjukkan gah sebagai seorang pejuang Islam!! Saya lebih suka calon kita bersalam dengan lawan mengucap tahniah sambil memesan amanah Allah. Pergi sekali bersalam dengan pimpinan UMNO yang ramai pada masa itu. Tunjukkan kekuatan kita... walaupun hati kita remuk binasa!!!

Malu yang amat sangat dengan kejadian semalam!!

selanjutnya baca di SINI.

(*) Wak Bara - Harap badan jer besaq gedebaq...tapi hati halusss...! Bara gue beb !!

1 comments:

Bomosiam said...
November 5, 2010 at 1:58 PM  

Salam dr dlm Gua Bkt Putus, G.Semanggoi..

Jin said:" PAS TEWAS DI GALAS!! Apa Boss tak rasa malukah? "

" Malu kpala otak hang! Klu kita yakin yg arah perjuangan kita ke jalan yg benar, apa nak malu! Marah & kesal tu adalah...punyala luas pintu gol, tak bolih score jugak! "

Jin :" Aikk Boss! Kan itu ari Kelantan yg menang, NS bungkuss! "

" Maksud aku, sapa yg perolehi nama & keuntungan dari kejuaraan itu. PAS atau UMNO??. Benda yg ada dlm tangan, bolih terlepas. Asyik berkempen pasai parti lwn tak betui, main rasuah, guna jentera kerajaan, pengaruh Ku Li, pengundi yg tak cerdik & macam2 isu lain yg UMNO dah masak sangat utk dijawab. Tak dengaq lansung ataupun maybe line tak clear, bab2 senarai pembangunan utk rakyat yg kerajaan negeri telah buat selama ini. Bagi UMNO, semua itu jelas di lihat olih rakyat. Bolih nampak dgn mata kasar pembangunan yg dilaksanakan...kerana kemampuan mereka. PAS pulak, asyik menafikan & memperlekehkan apa yg dah ramai rakyat nampak & nikmati. Jgn sesekali abaikan kecerdikkan rakyat! Buruk akibatnya."

Jin :" Boss! Yg dok angkut pengundi dgn motor, keta & lori ke pusat undi, guna jentera parti tu, bukan RASUAH jugak ka? "

" Udah la tu.. Penin dah kpala aku ni!! "

10 Bacaan Popular Terkini Bikin Hati mem'Bara'

BARA Followers

sekutu blog BARA - MUST CLICK

Nota : BLOG alBanjari Online versi asal (http://politikbanjar.blogspot.com) masih dalam rawatan ICU di Pusat Pakar Google US, demi kesinambungan perjuangan - blog sementara ini dibangunkan untuk penulis terus memblog. Sokongan anda sangat dihargai. Takbir !

TENTANG BLOG INI - BARA

Blog ini dibangunkan bukan sekadar untuk cerita POLITIK. Belasah keliling jika terbit rasa BARA di hati. Terbitan artikel di blog ini mengandungi unsur-unsur 18SG dan 18SX. Hanya kepada yang berani saja dialu-alukan membaca dan melayarinya. Jika hati anda tiba-tiba mem'BARA' jadilah followers blog ini segera. Jangan malu - editor BARA.


JUMLAH PELAWAT BARA (online now !)





TUAN TANAH - LUAS KEBUN 300 EKAR

<br>