Berasap setelah disambar kilat ! Kejadian yang berlaku minggu lalu. Oleh kerana yang disambar kilat itu patung, mampuih pi ler yeop !
Namun apabila melihat kilat, hati boleh jadi sebak bila mengingati semula nasib yang menimpa adik Shamsul Haziq 14 tahun yang koma setelah dipanah petir 2 tahun lalu.
Hebatnya kasih ibu dan bapa jelas terlihat apabila melihat keadaan shamsul yang dijaga siang dan malam tanpa rasa penat dan lelah. Leleh air mata yeop bila mengenangkan saat kepayahan itu. Shamsul koma dan lumpuh setelah dipanah petir ketika sedang bermain bola yang ketika itu berada di dalam darjah 6.
Kesulitan dan kepayahan keluarga ini telah mendapat liputan krew bersamaMu TV3 lewat April lalu. Doa wak, semoga keluarga ini terus tabah menghadapi dugaan dan ujian Allah swt.
0 comments:
Post a Comment