Batu yang tidak dikenalpasti jenisnya ini telah wak simpan hampir 13 tahun lamanya. Sekadar disimpan - tidak dipakai hatta dibuat 'batu cincin' sekali pun. Ada cerita misteri disebalik batu ini, dan kejadian itu berlaku pada di bulan Ramadhan tahun 1997.
Jika diperhatikan dengan teliti (pandang terus) ke arah batu itu seakan-akan batu itu menyerupai kelopak mata manusia yang punya mata hitam ditengah2nya) yang memandang tajam kearah kita. Ada siapa yang boleh membantu menyelongkar makna tersirat disebalik batu misteri ini ? Wallahuaklam.
Kepada pembaca - teliti 2 foto diatas dan dibawah. Besarkan imej untuk pandangan yang lebih jelas.
Ikuti Siri MISTERI ini di blog AlBanjari Online mulai Isnin ini - Siapakah orang 'ghaib' yang tiba-tiba hilang dari pandangan mata. Siapa pula yang meminta belas kasihan kerana lapar ? Mengapa 'batu' ini diberikan sebagai 'ganti' nya ? Semua itu akan diketahui dalam siri 5 Bahagian Siri ini minggu hadapan.
0 comments:
Post a Comment