Saya kecewa dan ingin menegur. Saya juga berpendapat PAS perlu teguran yang lebih keras kerana banyak kali PAS nampak macam alpa dengan "kemewahan" yang ada.
Tulisan kali ini lebih berfokus kepada masa pengumuman keputusan pilihan raya kecil, di mana calon bertanding mewakili PAS, Dr Zulkefli tidak ada di dewan. Pengerusi SPR bagi pilihan raya kecil di Dun berkenaan beberapa kali memanggil calon PAS untuk hadir ke hadapan bagi diistiharkan keputusan. Tapi malang calon kita sudah tidak ada. Saya lebih suka menulis 'lari sebelum berakhir'.
Saya tak tahu apa sebab, tapi saya lebih suka kita mesti bersikap 'gah' walaupun kalah kita mesti tunjukkan jiwa yang besar. Sebab kita adalah perjuang Islam. Benar kata Hj Mahfuz Omar dengan sajak, kita kalah di dalam pilihan raya tetapi kita memang di sisi Allah s.w.t.
Kita sepatutnya hadir kehadapan untuk menunjukkan gah sebagai seorang pejuang Islam!! Saya lebih suka calon kita bersalam dengan lawan mengucap tahniah sambil memesan amanah Allah. Pergi sekali bersalam dengan pimpinan UMNO yang ramai pada masa itu. Tunjukkan kekuatan kita... walaupun hati kita remuk binasa!!!
Malu yang amat sangat dengan kejadian semalam!!
selanjutnya baca di SINI.
(*) Wak Bara - Harap badan jer besaq gedebaq...tapi hati halusss...! Bara gue beb !!