> >

Bara Hari Ini

albanjari onlineV2

10 sen pun 10 sen ler !!

Saturday, October 16, 2010 · 0 comments

Tangki kapcai saya sudah hampir kering. Dari tadi saya perhatikan jarum meternya sudah tersantak kewarna merah. Bahaya nih !

Itu bermakna perutnya perlu diisi. Jika tidak, silap-silap haribulan tak sempatlah saya sampai kemasjid untuk berjumaat nanti. Gek gek gek.

Saya pun singgahlah di stesen minyak Shell yang terletak di Seksyen 9. Saya tidak mahu mengambil sebarang risiko sehingga menghalang perjalanan. Setelah memakir ‘kuda besi’ itu di pam nombor 9, saya pun membuat bayaran di kaunter.

“Terima kasih. Sila datang lagi,” ujar seorang petugas di situ (mungkin itu ayat standard yang sering diucapkan - penulis), setelah sehelai wang kertas bernilai RM5 bertukar tangan. Si pengucapnya adalah seorang gadis comel yang bertudung hitam.

“Boleh tahan jugak budak ni. Dahlah cantik, baik pulak budi bahasa,” bisik saya di dalam hati.

Seketika, saya terlupa tentang 2 perkara pokok. Lupa sungguh saya tentang 2 perkara pokok tersebut, yang mungkin menjadi agenda.

Pertama, lupa kopiah yang sedang berada di atas kepala. Dan yang kedua, lupa budak perempuan tu mungkin sebaya dengan anak saya.

Cis, malaon. Gatainya aku!

Ketika saya sedang membuka penutup tangki untuk mula mengisi petrol, seorang pemuda tiba-tiba muncul dari pam bersebelahan. Kur semangat. Nasib baik saya tak termelatah.

Kemunculan yang secara mendadak itu, membuatkan saya agak terperanjat sehingga hampir terlompat beberapa tapak kebelakang. Pemuda tersebut kelihatan sedang memegang nozzle yang dihalakan kearah saya.

“Ini ada minyak lebih. Tangki saya dah penuh. Sayang kalau tak kasi habis,” katanya sambil tersengih kepada saya.

Pemuda itu terus memasukkan hujung nozzle kemulut tangki kapcai saya yang sudah pun ternganga. Tanpa meminta izin, dia sendirilah yang mengisikannya.

“Dik, banyak ke yang lebih tu?” soal saya kepadanya.

“Adalah lebih kurang 10 sen!” jawabnya selamba.

Saya hampir terduduk mendengar jawaban itu.

“Ceh. Belen sekupang pun dia nak kasi kat aku. Hampeh betoi budak ni. Kang aku tak ambik kang, kecik pulak hati dia nanti,” rungut saya. Tetapi saya bersungut di dalam hati sahajalah.

Dan dengan sekali cret saja, nilai 10 sen itu pun berakhir serta merta.

Pemuda itu menutup semula mulut tangki minyak, sebelum meletakkan nozzle yang masih dipegang, kembali ketempatnya.

Dia kemudian menghidupkan enjin motosikal empat lejangnya.

“Terima kasih,” jerit saya dengan suara yang agak kuat.

Saya terpaksa menguatkan volume suara semata-mata untuk melawan bunyi bising preng preng preng ekzos motosikal, yang mungkin telah diubahsuai itu.

Dia hanya tersenyum, melambaikan tangannya sambil susup sasap berlalu pergi.

“Budak ni kerja kilang kot. Kalau kerja kilang, berapa sen sangatlah gaji dia noo. Kesian…” kata saya sendirian ketika mula mengisi petrol dengan nilai RM5 yang telah saya bayar tadi. Saya membuat andaian sebegitu setelah sekali imbas terpandang uniform yang dipakainya.

Tidak sampai 10 minit selepas itu, ‘kuda besi’ yang saya tunggang pun selamat mendarat di perkarangan Masjid Negeri.

Saya memerhatikan sekeliling.

Ramai jugaklah jemaah di hari itu, tetapi tidaklah seramai macam di bulan puasa tempohari. Agak-agak you all, kemanakah gerangan jemaah yang dulu ramai-ramai tu, pergi sekarang ya?

Di rumah Allah, ketika dahi yang masih basah ini tunduk mencecah permukaan permaidani yang ditenun lembut, serentak sentuhan itu bertindak meleburkan segala prasangka. Ketika bangun berdiri semula, itu tidak bermakna akan tunduk kepada kesombongan yang membelenggu diri di sepanjang masa.

Saya kembali tersedar, prasangka pasti akan terus bertandang, jika kita sendirilah yang membuka ruang. Oh, betapa indahnya kehidupan, jika dilayari dengan penuh ikhlasan.

Keikhlasan, jika tulus dihulur pula akan menyimpul berjuta makna, walaupun nilai taruhannya tidaklah sebanyak mana.

Dan ketika azan Jumaat dilaungkan, saya masih tersandar di dinding. Saya berusaha mencari diri yang semakin hilang serta terasing.

Sesungguhnya di dalam meniti ranjau kehidupan, terasa benar sukarnya untuk kita menghimpun segala kesempurnaan, sesukar untuk kita menyisih segala kekurangan.

(*) sumber - Tong Sampah Blog oleh Fakur

18SX - Syiokk la hangpa !!

· 2 comments

Ada siapa kisah ? Walaupun mata lelaki jadi merah BARA tengok 'benda' yang tak harus dipandang ? 

10 Bacaan Popular Terkini Bikin Hati mem'Bara'

BARA Followers

sekutu blog BARA - MUST CLICK

Nota : BLOG alBanjari Online versi asal (http://politikbanjar.blogspot.com) masih dalam rawatan ICU di Pusat Pakar Google US, demi kesinambungan perjuangan - blog sementara ini dibangunkan untuk penulis terus memblog. Sokongan anda sangat dihargai. Takbir !

TENTANG BLOG INI - BARA

Blog ini dibangunkan bukan sekadar untuk cerita POLITIK. Belasah keliling jika terbit rasa BARA di hati. Terbitan artikel di blog ini mengandungi unsur-unsur 18SG dan 18SX. Hanya kepada yang berani saja dialu-alukan membaca dan melayarinya. Jika hati anda tiba-tiba mem'BARA' jadilah followers blog ini segera. Jangan malu - editor BARA.


JUMLAH PELAWAT BARA (online now !)





TUAN TANAH - LUAS KEBUN 300 EKAR

<br>