> >

Bara Hari Ini

albanjari onlineV2

Bila si budus membawa pesan PM !

Monday, October 18, 2010 · 5 comments

Budusss punya pesanan. Memang budussss ! Tapi pasal hati gua langsung tak teribt BARA? Kata si budusss di fesbuk,

AKU CUMA IKUT PESANAN PM JEEEE.

Wahai rakyat malaysia sekalian, kenang kembali la budi yang di tabur oleh UMNO barisan nasional kepada hangpa sekalian. Depa telah mendirikan hospital, sekolah, universiti, untuk hangpa dan anak2 sekalian. FELDA untuk orang2 melayu miskin. SME bank, SMIDEC, TEKUN untuk orang2 melayu berniaga. PEKERJAAN PERKHIMATAN AWAM untuk orang2 melayu.

SUBSIDI.... KLCC.... LITAR SEPANG.... MENARA KL.... BIASISWA... MARA... DEB.... GLC.... BAJA.... KAIN BATIK... BERAS.... BLA...BLA...BLA. Itu semua untuk ORANG MELAYU KHAS nye..... dan RAKYAT MALAYSIA AM nye. Apakah anda sudah lupa....

kalau GENERASI ADUKA TARUNA.... DUGONG DARAT.... RADEN ALBANJARI..... FAUZULDIN...PERAJURIT KEADILAN... HIJAT PANJANG... MIMI SHAHIRAH..,TN SYED.... LATIP... YM TUAN... SUHAIMI...memang la cepat mudah lupa.

TETAPI GENERASI DULu seperti MANJUNGMARI...KAK NORMAH .... NUR MUHD. YUSUP KAMARUDIN...bla...bla pon sudah lupa budi yang diberi oleh UMNO barisan nasional kepada hangpa sekalian.... hangpa memang tak tau BERSYUKUR.

ORANG MELAYU MEMANG MUDAH LUPA.

10 sen pun 10 sen ler !!

Saturday, October 16, 2010 · 0 comments

Tangki kapcai saya sudah hampir kering. Dari tadi saya perhatikan jarum meternya sudah tersantak kewarna merah. Bahaya nih !

Itu bermakna perutnya perlu diisi. Jika tidak, silap-silap haribulan tak sempatlah saya sampai kemasjid untuk berjumaat nanti. Gek gek gek.

Saya pun singgahlah di stesen minyak Shell yang terletak di Seksyen 9. Saya tidak mahu mengambil sebarang risiko sehingga menghalang perjalanan. Setelah memakir ‘kuda besi’ itu di pam nombor 9, saya pun membuat bayaran di kaunter.

“Terima kasih. Sila datang lagi,” ujar seorang petugas di situ (mungkin itu ayat standard yang sering diucapkan - penulis), setelah sehelai wang kertas bernilai RM5 bertukar tangan. Si pengucapnya adalah seorang gadis comel yang bertudung hitam.

“Boleh tahan jugak budak ni. Dahlah cantik, baik pulak budi bahasa,” bisik saya di dalam hati.

Seketika, saya terlupa tentang 2 perkara pokok. Lupa sungguh saya tentang 2 perkara pokok tersebut, yang mungkin menjadi agenda.

Pertama, lupa kopiah yang sedang berada di atas kepala. Dan yang kedua, lupa budak perempuan tu mungkin sebaya dengan anak saya.

Cis, malaon. Gatainya aku!

Ketika saya sedang membuka penutup tangki untuk mula mengisi petrol, seorang pemuda tiba-tiba muncul dari pam bersebelahan. Kur semangat. Nasib baik saya tak termelatah.

Kemunculan yang secara mendadak itu, membuatkan saya agak terperanjat sehingga hampir terlompat beberapa tapak kebelakang. Pemuda tersebut kelihatan sedang memegang nozzle yang dihalakan kearah saya.

“Ini ada minyak lebih. Tangki saya dah penuh. Sayang kalau tak kasi habis,” katanya sambil tersengih kepada saya.

Pemuda itu terus memasukkan hujung nozzle kemulut tangki kapcai saya yang sudah pun ternganga. Tanpa meminta izin, dia sendirilah yang mengisikannya.

“Dik, banyak ke yang lebih tu?” soal saya kepadanya.

“Adalah lebih kurang 10 sen!” jawabnya selamba.

Saya hampir terduduk mendengar jawaban itu.

“Ceh. Belen sekupang pun dia nak kasi kat aku. Hampeh betoi budak ni. Kang aku tak ambik kang, kecik pulak hati dia nanti,” rungut saya. Tetapi saya bersungut di dalam hati sahajalah.

Dan dengan sekali cret saja, nilai 10 sen itu pun berakhir serta merta.

Pemuda itu menutup semula mulut tangki minyak, sebelum meletakkan nozzle yang masih dipegang, kembali ketempatnya.

Dia kemudian menghidupkan enjin motosikal empat lejangnya.

“Terima kasih,” jerit saya dengan suara yang agak kuat.

Saya terpaksa menguatkan volume suara semata-mata untuk melawan bunyi bising preng preng preng ekzos motosikal, yang mungkin telah diubahsuai itu.

Dia hanya tersenyum, melambaikan tangannya sambil susup sasap berlalu pergi.

“Budak ni kerja kilang kot. Kalau kerja kilang, berapa sen sangatlah gaji dia noo. Kesian…” kata saya sendirian ketika mula mengisi petrol dengan nilai RM5 yang telah saya bayar tadi. Saya membuat andaian sebegitu setelah sekali imbas terpandang uniform yang dipakainya.

Tidak sampai 10 minit selepas itu, ‘kuda besi’ yang saya tunggang pun selamat mendarat di perkarangan Masjid Negeri.

Saya memerhatikan sekeliling.

Ramai jugaklah jemaah di hari itu, tetapi tidaklah seramai macam di bulan puasa tempohari. Agak-agak you all, kemanakah gerangan jemaah yang dulu ramai-ramai tu, pergi sekarang ya?

Di rumah Allah, ketika dahi yang masih basah ini tunduk mencecah permukaan permaidani yang ditenun lembut, serentak sentuhan itu bertindak meleburkan segala prasangka. Ketika bangun berdiri semula, itu tidak bermakna akan tunduk kepada kesombongan yang membelenggu diri di sepanjang masa.

Saya kembali tersedar, prasangka pasti akan terus bertandang, jika kita sendirilah yang membuka ruang. Oh, betapa indahnya kehidupan, jika dilayari dengan penuh ikhlasan.

Keikhlasan, jika tulus dihulur pula akan menyimpul berjuta makna, walaupun nilai taruhannya tidaklah sebanyak mana.

Dan ketika azan Jumaat dilaungkan, saya masih tersandar di dinding. Saya berusaha mencari diri yang semakin hilang serta terasing.

Sesungguhnya di dalam meniti ranjau kehidupan, terasa benar sukarnya untuk kita menghimpun segala kesempurnaan, sesukar untuk kita menyisih segala kekurangan.

(*) sumber - Tong Sampah Blog oleh Fakur

18SX - Syiokk la hangpa !!

· 2 comments

Ada siapa kisah ? Walaupun mata lelaki jadi merah BARA tengok 'benda' yang tak harus dipandang ? 

Wak sokong Proton Inspira !

Thursday, October 14, 2010 · 1 comments

Petang tadi sambil minum kopi soya kole-Gen, bara hati gua beb ! bara..!!! Dok tengah sedap minum, boleh pulak Skyline parking tepi meja gua. Ini dah boleh membawa marah, Cis..! Gua marah bukan pasal kereta tu kereta sport, tapi gua bara pasal keter tu sikit pun tak dak logo 'harimau menguap'.

Tak boleh ker Proton kenen-kenen company Nissan tu buat JV. Kalo Mitsubishi Lancer leh Proton 'kaleh' jadi Proton Ispira, takkan Skyline proton tak boleh bikin ? Low standet la bro ! 

Alang-alang 'kaleh' tak malu sangat kalo Proton pi 'kaleh' semua jenis kereta cun-cun jadik kereta nasional. 

Harga pun rendah banyak kalo nak banding 'brand' asal tu. Macam Lancer tu bila jadi kereta nasional 'jadian', otomatik price drop RM45K..banyak tu beb ! 

Gua sokong sangat Proton buat kerja-kerja 'copy paste' nih. Bagus untuk rakyat. Rakyat boleh jimat duit woo..! Duit yg jimat tu boleh pakat ramai-ramai bantu jentera parti PR tumbangkan BN masa PRU13 nanti..memang berbaloi-baloi. Hahaha...!

Directors2 Proton tu jangan ler segan sgt bagi idea buat JV dgn Benz, BMW, Volvo, semua lahhh...Lori Hino pun belasah jer..janji jadi 'nasional', tak gitu ? Baru nampak tolong rakyat . 1 Rakyat 1 kereta wow-wow ! 

Kalo tanya gua, ibarat menjadi JV Proton dan idea nih, gua sikit pun tak kisah kalo dapat pandu kereta Nissan Skyline tu dengan nama Proton Sakai kaa...no hal beb ! Apa ada pada nama..tak gitu Ramli Sarip ? Gua tak kisah kalo pandu kereta Mercedes Benz yang tetiba jadi Proton Mus..! Janji harga 50% murah dari harga import.

Rakyat patut sokong woo ! Ini gua baca blog, semua dok kondem Proton pasai nih..! Mampuih pi la kat hangpa..tapi kalo tanya gua, gua sokong 500% hahahaha...! Amacam Proton ada berani kaa ? Bab nama nak boh apa pun tak paa..Proton Sabut, Proton Buntot, Proton kasap, Proton suntut., kalo tanya gua, ader gua kisah ?

Jom Pekena Mee Bontot !

· 1 comments


Mee diatas rasanya sedap dimakan. Tapi jika yang dibawah..rasa sedap apa pulak bro ? 


Atas keselamatan semua - tolong jangan jawab soalan itu yaa..! Tunggu malam jumaat kliwon..wakakak..!!

Misteri 'BATU' Bara ?

· 0 comments



Batu yang tidak dikenalpasti jenisnya ini telah wak simpan hampir 13 tahun lamanya. Sekadar disimpan - tidak dipakai hatta dibuat 'batu cincin' sekali pun. Ada cerita misteri disebalik batu ini, dan kejadian itu berlaku pada di bulan Ramadhan tahun 1997. 

Jika diperhatikan dengan teliti (pandang terus) ke arah batu itu seakan-akan batu itu menyerupai kelopak mata manusia yang punya mata hitam ditengah2nya) yang memandang tajam kearah kita. Ada siapa yang boleh membantu menyelongkar makna tersirat disebalik batu misteri ini ? Wallahuaklam.

Kepada pembaca - teliti 2 foto diatas dan dibawah. Besarkan imej untuk pandangan yang lebih jelas. 



Ikuti Siri MISTERI ini di blog AlBanjari Online mulai Isnin ini - Siapakah orang 'ghaib' yang tiba-tiba hilang dari pandangan mata. Siapa pula yang meminta belas kasihan kerana lapar ? Mengapa 'batu' ini diberikan sebagai 'ganti' nya ? Semua itu akan diketahui dalam siri 5 Bahagian Siri ini minggu hadapan. 

Ala-ala Latok, jangan masam ?

Wednesday, October 13, 2010 · 0 comments



Dato' ? Datuk ? Datok ? Latok ? Tok ? Atuk..kih...kih..kih !! 

18SG : Ribut kerana iklan ? Gampang lorrr !!

· 3 comments

Iklan di media maya bisa jana pendapatan lumayan kini. Tak percaya ? Cuba tengok konflik yang berlaku dibawah. Tak bagus ler bikin cara macam tu untuk tarik hits berkunjung ke tapak iklan..! Be Pro ler beb ! - Wak BARA


Siang di Pendam - Malam balas dendam ! Huh lain macam punya iklan nih..bikin gementar jiwa ajaa..dong ! nasib baik fotonya makan-makan, kalo fotonya si Cut Tari ? Lollll...Bisa gegar !!

[..] Ikut cakap syarikat ini. Kalau syarikat ini kata iklan pada september 2010 hanya 10 kupang. Harakah dapat 6 kupang. Bolehlah harakahdaily bagi bonus akhir tahun nanti kepada 13 pekerjanya. BANGANG PUNYA URUSAN!!!

Itu kita belum lagi bincang pasal iklan di harakahdaily. Iklan JANA WANG, MLM, SKIM CEPAT KAYA dan UBAT KUAT!!! Asal wang masuk semuanya kira HALAL!!!!

Saya pun hairan dengan pihak pengurusan harakah ini. Masalah ini sebenarnya adalah masalah yang telah jelas diketahui tapi tiada penyelesaiannya. Kalau kita tak kenal pasti masalah kita boleh terima bahawa pihak pengurusan harakah sedang menyelesaikan dan mencari punca masalah.

Ini dah terang!! tapi tak ada yang berani nak pecat atau buang ulat-ulat ini. Makin hari makin ramai dan makin gemok ulat-ulat ini kerana anda sedang membantu harakah demi perjuangan Islam yang suci!!!

Saya dedah sebahagian kecil, jangan cabar saya untuk mendedahkan lebih teruk lagi!!! Demi Islam demi agama siapa yang tahu masalah ini tolong nasihatkan orang yang bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini sebelum ulat-ulat menjadi kupu-kupu !

Selanjutnya baca di SINI  dan di SINI.

Rais isytihar perang ? Jambatan macamana ?

· 0 comments

Perang baru. Rais yatim lawan blogger Umno. Huh ! Gua ingat Rais ni mat skema. Rupanya darah melawan tu masih kuat rupanya. 

Kalo Memali boleh bermandikan darah, apalah sangat dengan tempur perang dengan blogger ye tak ? Seronok gak bila sesekali tengok cerita perang-perang nih. Nak harap cerita 'combat' dah lama tak der kat tv, pelakonnya pun dah banyak yang kojol.

Gua ucap 'Bravo' sama Rais. Selamat berperang ! Jangan lupa bakar 'jambatan' lagi. Biar semua blogger Umno jatuh sungai dan parit, dan mudah nak kambus ramai-ramai...tak gitu Rais ? 

(*) Wak - Apa la punya pak menteri - dengan blogger pun nak gaduh. ker nak cari populariti !! Ptuihhh...! 

Patung Liberty berasap disambar kilat !

Tuesday, October 12, 2010 · 0 comments


Berasap setelah disambar kilat ! Kejadian yang berlaku minggu lalu. Oleh kerana yang disambar kilat itu patung, mampuih pi ler yeop !


Namun apabila melihat kilat, hati boleh jadi sebak bila mengingati semula nasib yang menimpa adik Shamsul Haziq 14 tahun yang koma setelah dipanah petir 2 tahun lalu.


Hebatnya kasih ibu dan bapa jelas terlihat apabila melihat keadaan shamsul yang dijaga siang dan malam tanpa rasa penat dan lelah. Leleh air mata yeop bila mengenangkan saat kepayahan itu. Shamsul koma dan lumpuh setelah dipanah petir ketika sedang bermain bola yang ketika itu berada di dalam darjah 6.


Kesulitan dan kepayahan keluarga ini telah mendapat liputan krew bersamaMu TV3 lewat April lalu. Doa wak, semoga keluarga ini terus tabah menghadapi dugaan dan ujian Allah swt.



Antara kajong tak kajong..layan jer !

· 1 comments

"..Atas nama sukan, aurat wanita halal di mata lelaki.." begitu ker wahai sahibul samahah ulamak-ulamak Umno ? Atas dasar sukan juga, wanita boleh tungging-tungging lagi. 


Takpa lelaki kat belakang tu tak 'terkesan' punya..cuma kerassss sikit-sikit jer ! Tungging bontot lagi ! Syiokk la tungging bontot macam tu. hati gua tetiba bara beb ! Kredit foto dari fesbuk Penawar Rindu. Kisah lanjut baca fesbuk dia..!

Kisah Puteri - Selak kain dan selak bontot ?

· 4 comments

Musim PRK datang lagi. Kali ini menjengah ke Kelantan. Di Galas, Gua Musang beb! Gua Musang..bukan Gua Bukit Putus di Semanggoi. No..no..no ! Sejak dari awal bulan lagi tentunya ramai yg dahaga nak tau cerita-cerita terbaru dari sana, sebab tu kalau kita lihat surat-suratkhabar yang dulu heboh mintak pakat boikot, la nie laku semula bagaikan goreng pisang. Tak kiralah berita-berita tu betul ke tidak, asalkan ada cerita pasal Galas habis dibaca dan dtelaah.

Tentang ulasan dari sudut politik, siapa akan menang PAS atau UMNO, itu.., kita rasa biarlah kita hold dulu, tunggu ABO di albanjari Online tapi hari ini saya nak bercerita kisah-kisah yang tak ada dalam surat khabar, diantara yang menarik ialah cerita tentang Puteri UMNO.

[.] Rujukan foto : Adengan selak kain ini tidak akan berlaku di Galas, ini kerana tahun ini Galas dilanda kemarau. Wakakak..!

Kisah lalu, tetapi belum lagi berlaku di Galas. Kisah yang lalu-lalu di hari penamaan calun. Adatlah ketika itu, masjid dan surau masa itu akan penuh sesak, solat subuhnya akan jadi hebat, kalah jemaah solat jumaat. Ribu-ribu beb ! Dan ketika itu ruang tandas dan bilik mandi dimasjid juga lencun dengan orang, sesetengahnya berpurdah, dan sesetengahnya..err..err.., saya tengok (ter) ada sorang perempuan yang wajah umpama 'Puteri', pakai skaf, baju t-shirt ketat tangan sekerat yg 'mencengkam' dada dengan seluar panjang yg agak ketat berlenggang lenggok bagai itik pulang petang masuk ke dalam masjid; bukan kata saya, ramai yg dapat dosa free pagi itu. 

Dalam hati dok kata, "ish, tak kan muslimat PAS dressing macam nie kot?". Bila tengok tag lambang dacing kemas tersemat kat baju dia, "Laaa - Puteri UMNO rupanya!".

Itulah my first encounter dengan kelibat Puteri UMNO di musim PRK di ****** ini. Pertemuan yang pertama itu menyebabkan hati saya jadi tak risau langsung dengan pergerakan Puteri UMNO yang hebat diwar-warkan di media arus perdana itu.

Rupa-rupanya puak-puak yg menjadi mastermind kepada Puteri UMNO ini tak dapat membezakan antara luar masjid dan dalam masjid dan antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Depa pakai hentam kromo jer beb ! Cerita orang tunjuk pungkoq itu cumalah sebahagian daripada cerita-cerita lawak sensasi kisah Puteri UMNO ini. 

Ada banyak cerita sebenarnya mengenai kisah benar Puteri-Puteri UMNO, cuma yang paling menarik yang orang dok perkata di kedai-kedai kopi ialah satu kisah puteri umno keluar merayu undi; dialognya lebih kurang begini:
Puteri UMNO 1: Pakcik, kami datang ini nak tanya sikit; pakcik pangkah parti mana pakcik?
Pak Cik: Pangkah?
Puteri UMNO 2: Ha'a, pangkah..., pakcik pangkah apa pakcik?
Pak Cik: Pangkah, err..err, pangkah yer ! - pakcik tiap-tiap malam dok pangkah.., DOK PANGKAH MAKCIK KAMU NI LA..!!
Belum habis pakcik itu nak explain, habis berselerak rombongan Puteri UMNO  lari membawa diri! Dibawah antara aksi bontot Puteri yang menjadi ikutan artis di Malaya kini (rujuk B-Pop Berita Minggu keluaran ahad lepas untuk aksi bontot artis ini..)


Budaya tunjuk bontot. Ajaran siapa ? Amaran BARA : Tolong Jangan Main Bontot ! Main fesbuk takpa..!

[.] InsyaAllah puteri Umno di Galas pada PRK kali ini - alim alim belaka ! Tak percaya ? Jom kita ke Galas.

Bara 3 - Mulut serupa lubang sumbing !!

· 0 comments

Kalo gua polis. BARA gua jadi macam dia. Muka hensem gua selamba badak jer dia hambik. Agak-agak laa..! Tapi bila ikut dialog bangang pempuan ni hati selamba dengan jahat jadi berBARA. Sembang bab HAK konon ! Tapi paham ker apa yg dia labun tu ? 


Macam gua cakap, kalo gua jadi dia, sure gua SAMAN pempuan ni pasal hambik muka hensem gua..TANPA KEBENARAN ! Itu kalo gua jadi dia. Kalo gua jadi KALIMUTHU, budak pempuan ni sure dah nanggis pilu punyer..! Bukan setakat gua saman, henfon dia pun gua rembat jual kat kedai besi buruk. 


Eksyen sgt ler bikin video mcm ni..! Lu dah salah lu diam laa..sain itu surat saman, mahkamah nanti cerita. Ini bikin provokasi pulak. Lubang sumbing punya orang !!

Rayuan Najib - Idris Ahmad sudah bara !

· 0 comments

[..] Mata jadi ber'BARA' lihat adanya sebahagian rakan parti dalam PR makin caca-marba. Ker hati gua yang 'silap' memandang ?

Parti Islam Se-Malaysia PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat member mandat kepada Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. 

Beliau mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21. 


Katanya lagi kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

PAS menyeru rakyat menggembelingkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN, kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak. Indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama, yang berpendapatan rendah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara. 

Pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka. Sepatutnya pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.

Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini. Sukar untuk mengubat penyakit misteri yang tidak boleh dikesan dengan x-ray, penyakit ini hanya dapat diketahui apabila kerajaan BN jatuh. 

Pengalaman kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang apabila bertukar kerajaan baru kita mengetahui banyaknya” jerangkap samar” yang ditanam dalam pentadbiran BN selama ini. Kelantan yang telah lama memerintah sejak 1990 terpaksa membuang jerangkap samar secara berdikit-dikit seperti hutang yang ditinggal sebanyak RM740 juta. 

Alhamdulillah dengan berkat kebijaksanaan dan ketelusan hutang lapok yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno dapat diselesaikan sikit demi sedikit. Begitu juga dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru mengambil alih telah menjumpai terowong yang tersembunyi sewaktu 51 tahun memerintah, sekarang cuba untuk menutup kembali.

Rakyat sudah mual dengan janji dan slogan pemimpin Umno BN untuk membela rakyat, tetapi dari segi amalannya tidak berlaku. Malahan kesusahan rakyat iniah yang dikeskploit untuk memancing undi. Tambahan pula dengan Perdana Menteri pada hari ini yang kaya dengan slogan yang retorik tetapi, keberhasilannya tidak ada. 

Rakyat tidak boleh menerima dengan tindakan Perdana Menteri hari ini dalam menyelesaikan tanah Keretaapi Tanah Melayu yang diberi kepada Singapura seluas 217 hektar dan menyerahkan telaga minyak RM320 bilion blok L dan M kepada Brunei dalam sekelip mata. 

Orang mula membandingkan dengan kepimpinan Tun Abdulllah Ahmad Badwi walaupun nampak lembut tetapi sekurang-kurangnya sewaktu hendak menyerahkan Pulau Batu Putih beliau tidaklah menyerah selepas makan buah durian sahaja. 

Sekurang-kurangnya ada juga usaha membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa, walaupun terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit untuk mempertahankan maruah negara. Kenapa perkara ini tidak dilakukan oleh Datuk Seri Najib, hanya Allah dan beliau sahaja yang mengetahui.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Bara 2 - Bara mata bila dibontot !

· 0 comments

Lelaki mana yang tak jadi ber 'BARA' nafsu bila lihat aksi artis nih. Bohong waliwong ler jika tak der nafsu. Cerita bagus tapi fotonya tunjuk bontot yang mekar bulat idaman mata lelaki.

Pelik antara mana satu yang mahu dipromosikan. Bontotnyer kah ? atau cerita cerai barainyer? Yang untung pembaca surat khabar. Yang benar, jika dikedai kopi akan dilihat orang-orang tua sambil malu2 pandang foto ini. Jangan sampai tumpah air kopi atas kangkang sudah..!

Hangat pijar 'benda' lu ! Panas beb !! Bukan salah orang suratkhabar pun, tapi salah artis tu juga pi tayang bontot sendat untuk paparan media. 

Tahu ler bontot lu tu bulat solid. Tapi tahan ker nanti kena bakar dengan api neraka. BARA api rokok pun terkehel urat rengkung jerit sakit..inikan pula api neraka. Huh ! Apapun kerana artis ini dah rajin sangat tayang bontot, kita ramai-ramai tengok. 

(*) Bara hati gua cakap lu. Harap bik momma gua tak baca entri ni. Hahaha. Kalo dia baca..mampuih ! 

Bara 1 - apsal tak maki tokey bas ?

· 0 comments

Bas Ekspress ? Bila berlaku tragedi - tuding sana tuding sini, salah itu salah ini. Bangsat la tokey bas ! Yang mati penumpang. Bila banyak mati - media terus belasah pemandu bas. Pasal apa tak pi belasah tokey bas tu..!! Bodoss..!! BARA gua pagi ni !!


Ada sapa tahu berapa gaji pemandu bas ekspress ? basic beb, basic pay depa ? Sama macam gaji operator kerja kilang. Tau kaa ? Tu pasal drebar bas ekspress bawa bas macam hantu. Depa terpaksa KEJAR trip bagi cukupkan duit utk hidup. Walau nyawa sendiri dan penumpang jadi taruhan ? Ragu - pi apply la jadi drebas bas. Apa tokey cakap sama lu orang. Macam cikai, itu jam baru hangpa tahu dilema seorang pemandu bas.

Apsal kerajaan tak draf gaji minimum untuk pemandu bas ? Depa tu tak penting kaa ? Cuba letak gaji asas depa tu RM1500 sebulan tak masuk overtime dan elaun trip. Sure pemandu bas akan cool dan safely drive. Ini letak basic RM450 macam pelir laa lu tokey bas !! Tokey bas pakai ferrari, pemandu bas paling best hanya boleh pakai viva atau kenari 3rd. hand. Yang brutal mampu pakai waja tapi waja 'piang'. 

Fikir la dengan akai - bukan pikir guna akai tokey bas. Ikut pikir akai tokey bas - esok lusa bukan 15 yg mati  - 3 dozen lagi akan terbang di lebuhraya..jadi 'mangsa' keadaan.  Bodosss ! Tu belum lagi nak cerita tokey bas yg tamak kedekut, gua boleh cerita sini pasal ofis tokey bas tu selang 3 bijik jer dari tempat gua..! Hoi..tanya juga berapa ramai tokey bas bela 'gangster' dan  'cikgu' ?? untuk jaga bisnes depa ? Bangang !!

Ezza Erisa kata pula : Salah Siapa ?
Orang sibuk cari salah siapa kan? Asal eksiden ngeri je sibuk cari salah siapa? Kalau kenderaan tu pengangkutan awam (bukan awan) habislah semua dengan CEO syarikat bas pun disalahkan. Bagi aku it plain simple. Yang salah tu ialah PEMANDU itu sendiri. Siapa yang tekan minyak? Siapa yang bawak laju sampai mencecah kelajuan tak sempat brek? CEO? Polis? JPJ?

Dalam kemalangan ngeri yang berlaku pada tarikh orang sibuk nak pergi angkasa tu, takyah la nak gebang lelebih. Yang salah tu pemandu. Horrible driver! Pemandu bas di lebuhraya berlagak macam tuhan. Kebal. Naik minyak cam gajah tengah marah. Siapa pengguna lebuhraya tahu la camne corak depa bawak bas depa tu. Kalau aku bawak 100kmj, dapat dipotong dengan cemerlang oleh bas, do the math la. Berapa speed depa bawak. Padahal kat belakang bas tertulis 'Had laju 80/90' Mean jalan biasa 80kmj. Lebuhraya 90kmj.

Itu belum kat Genting Sempah lagi tu. Jalan corner baring, dia pun sibuk nak korner baring. Kita pula yang ngeri tengok dia corner baring. Huh.

Mungkin penguatkuasaan JPJ patut diketatkan, ubah priority dari mengejar plat nombor kereta tak ikut spesifikasi dan juga kereta tinted lebih kepada buat pemantauan kepada kenderaan perdagangan. Kerana sekali eksiden, jumlah kematian bukan 1-2orang. Ramai. Ngeri pulak tuh. Putus-putus kepala bagai.

PS: Tak boleh ke install speed cut kat bas neh? [ sumber link

10 Bacaan Popular Terkini Bikin Hati mem'Bara'

BARA Followers

sekutu blog BARA - MUST CLICK

Nota : BLOG alBanjari Online versi asal (http://politikbanjar.blogspot.com) masih dalam rawatan ICU di Pusat Pakar Google US, demi kesinambungan perjuangan - blog sementara ini dibangunkan untuk penulis terus memblog. Sokongan anda sangat dihargai. Takbir !

TENTANG BLOG INI - BARA

Blog ini dibangunkan bukan sekadar untuk cerita POLITIK. Belasah keliling jika terbit rasa BARA di hati. Terbitan artikel di blog ini mengandungi unsur-unsur 18SG dan 18SX. Hanya kepada yang berani saja dialu-alukan membaca dan melayarinya. Jika hati anda tiba-tiba mem'BARA' jadilah followers blog ini segera. Jangan malu - editor BARA.


JUMLAH PELAWAT BARA (online now !)





TUAN TANAH - LUAS KEBUN 300 EKAR

<br>